Dokumen Hijau

Gagasan PAS Berkaitan Ekonomi Negara

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak- anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang kepu- tusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

( Surah Al-Hasyr : 7 )

Projek Dokumen Hijau bertujuan untuk merealisasikan kriteria ke 7 BPMS iaitu politik rasional dan professional di mana Dokumen Hijau ini adalah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik profesional yang terdiri daripada pakar syariah, ekonomi dan perniagaan.

Dokumen Hijau ini adalah sebahagian kecil daripada contoh dasar-dasar dan prinsip-prinsip penting berkaitan pengurusan ekonomi Islam bagi menjamin keadilan, pembangunan, kesaksamaan serta pengukuhan ekonomi negara dan rakyat berasaskan Islam.

Baca, Tonton dan Fahami Dokumen Hijau

Infografik Dokumen Hijau

Muat Turun | Kongsikan | Cetak | Sebarkan