Sel12232014

Last updateSel, 23 Dis 2014 11am

Artikel

Sg Limau: Protes barang naik pangkah PAS

 

JERAI: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyeru pengundi Dun Sungai Limau memberi undi kepada calon PAS sebagai protes kepada kenaikan harga barang dan cukai yang bakal diperkenalkan.Menurut beliau, pilihan raya kecil kali ini adalah peluang untuk pengundi menyedarkan kerajaan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan langkah itu yang terus membebankan rakyat terbanyak.

 

Mohamad berkata, banyak lagi cara lain yang boleh digunakan kerajaan untuk menambah pendapatan negara selain menekan rakyat bawahan.

 

Ia termasuk mengurangkan ketirisan, keborosan, rasuah dan salah guna kuasa yang semakin bersarang dalam pentadbiran negara seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

 

"Ya pilihan raya ini tidak akan mengubah kerajaan negeri, tetapi ini adalah masa untuk kita mempertahankan maruah kita sebagai rakyat.

 

"Kita tunjuk protes kita terhadap rasuah, penyelewengan yang berlaku dengan mengundi calon PAS, Ustaz Mohd Azam Samat pada 4 November ini," katanya ketika berceramah di Dulang Kecil di sini malam tadi.

 

Mengulas lanjut beliau berkata, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan sebelum ini sedaya upaya cuba membela nasib rakyat yang majoritinya berkerja sebagai petani dan pesawah dengan mengangkat agenda menjadikan Kedah sebagai serambi Belanda.

 

Agenda itu katanya bagi mengangkat tahap ekonomi rakyat ketahap lebih baik, dan berbeza dengan sikap kerajaan BN yang sentiasa berfikir bagaimana mahu mengambil wang dari poket rakyat dengan cukai dan menaikkan harga barang.

 

Ia termasuk menaikkan harga petrol, harga gula dan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat.

 

"Saya pakai kereta Toyota Wish. Dua bulan lepas saya isi minyak penuh tangki RM100. Isi bulan ni jadi RM111 pulak. Kena tambah RM11 daripada biasa.

 

"Ini bukan sebab harga minyak naik, tapi kerana tangki minyak saya makin kembang," katanya sinis.