Saturday 31st of July 2010

news blog logo
news menu leftnews menu right
PAS kutuk keras tindakan serang gereja
Ditulis oleh Harakahadaily   
FRIDAY, 08 JANUARY 2010 11:32
 
KUALA LUMPUR, 8 Jan - PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bercakap kepada Harakahdaily berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.


Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.


Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.


Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.


 “PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.


Insiden pagi tadi itu berlaku sewaktu memuncaknya kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.


Turut difahamkan, beberapa buah gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.
 


Copyright 2009 @ Laman Rasmi PAS Pusat. PENAFIAN : PAS Pusat adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat