Sab03252017

Last updateSab, 25 Mac 2017 10am

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Sekretariat "Himpunan 355" Akan Dibentuk

Sekretariat "Himpunan 355" Akan Dibentuk

1. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS telah menyeru supaya satu himpunan ummat Islam besar-besaran secara tertib dan aman diadakan sebelum Mac tahun hadapan bagi tujuan menjelaskan kenapa perlu Pindaan Akta 355 dan sekaligus memugar sokongan ummat Islam terhadap Pindaan Akta 355 yang bakal memberi hak kepada Mahkamah Syariah berhukum berdasarkan undang-undang syariat.

2. Insyaallah pihak kami akan segera menubuhkan Sekretariat Himpunan 355 ini pada minggu hadapan yang mewakili parti politik, ngo, aktivis masyarakat dan tokoh individu. Sekretariat ini akan mengadakan sidang media khas sebaik sahaja ia ditubuhkan kelak bagi menjelaskan perkara yang perlu kepada umum.

3. Sekretariat ini akan menetapkan tarikh dan tempat "Himpunan 355" tersebut serta menggariskan objektif dan pelan bertindak bagi memastikan himpunan ini berjaya dilangsungkan dengan cemerlang kelak.

4. Himpunan 355 ini bakal menyaksikan satu kerjasama strategik dengan pelbagai pihak khasnya ngo-ngo Islam untuk mencetus kesedaran tinggi dikalangan umat Islam juga memahamkan rakan-rakan non muslim agar memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah serta perlaksanaan undang-undang syariat Islam yang menjadi hak ummat Islam di negara ini.

5. Sokongan ummat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik, ngo, pendidikan, kaum, bangsa dan bahasa lidah demikian juga non muslim yang memahami bahawa ini adalah hak yang mesti dipulangkan kepada ummat Islam, adalah suatu yang sangat penting untuk berdepan dengan provokasi, ugutan dan ancaman melampau dari pihak tertentu yang mahu mengagalkan hasrat Pindaan Akta 355 dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang jahat.

Sekian.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat