Sab03252017

Last updateSab, 25 Mac 2017 10am

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Kenyataan Media Penerangan 116: OIC Wajib Tangani Isu Penghapusan Etnik Rohingya

Kenyataan Media Penerangan 116: OIC Wajib Tangani Isu Penghapusan Etnik Rohingya

1. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa agar mempercepatkan langkah campur tangan terhadap isu penghapusan etnik Rohingya yang semakin meruncing di wilayah Rakhine ketika ini.

2. Situasi menjadi semakin membimbangkan apabila tentera Myanmar bukan sahaja melaksanakan ‘clearance opeation’ di dalam wilayah terbabit malah bertindak di luar jangkaan dengan menyerang penduduk Rohingya yang menjadi berusaha menjadi pelarian ke negara lain.

3. Dalam perkembangan terbaru, tentera Myanmar telah menyerang bot yang dinaiki penduduk Rohingya sehingga menyebabkan bot tersebut karam dan puluhan yang lain dikhuatiri lemas ketika cuba memasuki Bangladesh di sempadan Sungan Naf.

4. Tambahan pula, puluhan ribu penduduk Rohingya telah menjadi pelarian ke negara terdekat selepas pertempuran dahsyat berlaku dengan tentera Myanmar. Kekejaman tentera Myanmar terhadap penduduk Rohingya kini sudah melampaui batas kemanusiaan.

5. Isu penghapusan etnik Rohingya bukan isu baharu. Penindasan berterusan sejak era Jeneral Ne Win sehingga kini. Perkembangan mutakhir ini pula jelas menunjukkan situasi di sana semakin meruncing dan tidak terkawal.

6. Tentera Myanmar terus menggila disamping Kerajaan Myanmar terus mengunci mulut terhadap krisis tersebut. Maka, wajar bagi OIC tidak lagi berlengah untuk campur tangan bagi menangani isu tersebut.

Sekian.

”Inilah Penyelesaian Kita”

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat