Kha02232017

Last updateKha, 23 Feb 2017 10am

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Kenyataan Media Penerangan. 117 - Resolusi PBB Hentikan Aktiviti Penempatan Israel : PAS Ucap Tahniah Kepada Wakil Malaysia

Kenyataan Media Penerangan. 117 - Resolusi PBB Hentikan Aktiviti Penempatan Israel : PAS Ucap Tahniah Kepada Wakil Malaysia

1. PAS mengucapkan tahniah kepada wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestine. Ini adalah suatu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang seringkali bertindak menindas rakyat Palestine meskipun perkara tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

2. US tidak menggunakan kuasa veto yang dimilikinya bagi mempertahankan Israel walaupun telah dipinta oleh Perdana Menteri Israel sendiri. Akhirnya resolusi yang diusulkan semula oleh wakil negara Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela itu dibincang dan diluluskan.

3. Resolusi tersebut mengarahkan Israel supaya menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram di Palestine dan Jerusalem. Israel telah membina penempatan haram sejak 1967 dan terus berdegil dengan aktiviti tersebut walaupun jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kejayaan resolusi tersebut tepat pada masanya ketika isu konflik Syria yang berkongsi sempadan dengan Israel sedang rancak diperdebatkan.

4. PAS masih konsisten tidak mengiktiraf negara haram Israel dan menolak solusi dua negara (two-state solution). PAS mengharapkan agar wakil Malaysia di PBB mempunyai pendirian yang tegas dalam memberikan tekanan kepada organisasi dunia tersebut supaya bertindak dengan cara yang sepatutnya dalam menangani konflik berpanjangan di Palestine.
Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat