Ahd03262017

Last updateAhd, 26 Mac 2017 8pm

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Kenyataan Media Penerangan. 120: PAS Sertai Food Flotilla For Arakan

Kenyataan Media Penerangan. 120: PAS Sertai Food Flotilla For Arakan

Kenyataan Media Penerangan. 120

PAS Sertai Food Flotilla For Arakan

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


1. Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung pada 14 January 2017, telah bersetuju untuk menghantar delegasi mewakili PAS bagi menyertai Food Flotilla For Arakan yang dijadual bertolak ke Myanmar pada 3 Febuari 2017 nanti dari Pelabuhan Kelang.

2. Program anjuran bersama Ngo-ngo tempatan dan antarabangsa itu dijangka tiba di Myanmar pada 9 Febuari selepas pelayaran selama 6 hari. PAS akan bersama MAPIM, Yayasan Amal Malaysia, Kelab Putra 1Malaysia dan semua NGO tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan misi bersejarah itu.

3. Mesyuarat PAS Pusat telah melantik Saudara Muhammad Sanusi Md Nor (AJK PAS Pusat) bagi mengetuai delegasi daripada PAS dalam misi tersebut, dan turut dianggotai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia), Dr Riduan Mohamad Nor (AJK PAS Pusat) Ustaz Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) dan Dato' Ustazah Siti Asyah Ghazali (Exco Dewan Muslimat PAS Malaysia).

4. Food Flotilla For Arakan adalah satu usaha kemanusiaan dan jihad yang murni sekaligus membuktikan kebersamaan masyarakat antarabangsa dengan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya di bumi Arakan.

5. PAS pasti tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua misi kemanusiaan bersama delegasi luar negara seperti Turki, Perancis, Indonesia, China, dan lain-lain. Kini Food Flotilla For Arakan sedang menarik perhatian dunia dan mula membuka mata pelbagai pihak antarabangsa untuk turut berjuang bukan sahaja menghantar bekalan makanan dan perubatan tetapi juga terus mendesak supaya kezaliman dan kekejaman ke atas Rohingya segera dihentikan.

Sekian

Inilah Penyelesaian Kita