Ahd03262017

Last updateAhd, 26 Mac 2017 8pm

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Penjelasan Ketua Penerangan PAS Tentang Pertemuan PAS-PPBM

Penjelasan Ketua Penerangan PAS Tentang Pertemuan PAS-PPBM

 

Soalan wartawan : Berikutan kenyataan bersama Ybhg Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dan YB Dato Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), apakah PAS akan bekerjasama dengan BERSATU jika BERSATU mempunyai hubungan yang rapat dengan DAP ?

Jawapan : Pertemuan yang berlaku antara PAS dan PPBM baru baru ini adalah masih diperingkat perbincangan dan penelitian. Keputusan belum diambil. Bukan disitu tempat membuat keputusan. Justeru polisi PAS ialah hasil perbincangan oleh wakil parti akan dibawa balik ke Mesyuarat PAS pusat untuk diputuskan kedudukan dari aspek politiknya sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam perkara yang melibatkan hubungan dengan parti lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Parti dibawah bidang tugas MSU.

Insyallah, Timbalan Presiden PAS Ybhg Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagaimana dalam kenyataan beliau bersama Yb Dato Seri Mukhriz, akan membawa maklumat perbincangan ke peringkat kepimpinan tertinggi parti masing-masing dan pihak PAS akan membawanya ke Mesyuarat PAS Pusat untuk di perhalusi dan diputuskan kedudukannya selepas ini.

Ertinya sehingga kini tiada apa apa keputusan muktamad yang diputuskan mengenai hubungan PAS dan PPBM. Ia masih diperingkat perbincangan dan penilaian.

Sementara itu, keputusan sikap semasa PAS terhadap DAP dan PAN adalah suatu yang telah dimuktamadkan bahawa PAS tiada apa apa hubungan dengan DAP dan juga PAN, justeru itu PAS tidak menyertai Pakatan Harapan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.