Kha02232017

Last updateKha, 23 Feb 2017 10am

Back Utama Pusat Ketua Penerangan Utusan dan TV 3 Lapor Secara TIDAK Tepat dan Betul Kenyataan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS

Utusan dan TV 3 Lapor Secara TIDAK Tepat dan Betul Kenyataan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS

Utusan dan TV 3 Lapor Secara TIDAK Tepat dan Betul Kenyataan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


1. Ini adalah soalan asal Ahli Parlimen Marang YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kepada Menteri Kewangan Malaysia :

Dato'Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat.

2. Berikut pula adalah transkrip penuh dari soalan tambahan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi di Parlimen kelmarin.

“Tan Sri yang Dipertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan. Namun pun di sana ada impak Yang Amat Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkasananan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada?

3. Saya lihat Utusan Malaysia dan TV 3 telah merosakkan etika kewartawanan dan profesionalisme mereka apabila menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS secara tidak tepat dan separuh masak. Ia menampakkan seolah olah YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyokong GST walhal beliau menolak GST dan meminta supaya difikirkan alternatif baru menggantikan GST dalam bahasa yang lunak dan beradab sesuai dengan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin.

Sekian.