Ahd03262017

Last updateAhd, 26 Mac 2017 8pm

Back Utama Berita/Kenyataan DUPP Lajnah Penerangan DUPP : Menjelaskan Kekeliruan Umat 1

Lajnah Penerangan DUPP : Menjelaskan Kekeliruan Umat 1

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Siri Menjelaskan Kekeliruan Umat Yang Dikelirukan (1)


oleh
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Islam itu indah. Namun keindahan Islam terpadam apabila ia dilaksanakan sebahagian dan ditinggalkan sebahagian.

Islam mesti dilaksanakan secara lengkap merangkumi semua hukum-hakamnya bermula dengan:

1. Hukum-hakam Ibadahnya seperti solat, puasa, zakat dan haji

2. Hukum-Hakam kekeluargaan melibatkan perkahwinan, perceraian dan hak-hak kekeluargaan.

3. Hukum-Hakam Kemasyarakatan melibatkan kejiranan

4. Hukum-hakam Ekonomi melibatkan perniagaan, pertanian, penternakan, undang-undang kontrak seperti jual beli, sewa menyewa, upah, undang-undang perbankan dan pengurusan kewangan dengan meninggalkan RIBA.

5. Hukum-Hakam Pemerintahan, Politik dan Pentadbiran melibatkan tatacara pemilihan pemerintah, dasar pentadbiran kementerian dan jabatan bagi mengelakkan rasuah dan ketirisan, pengurusan pendapatan melibatkan hasil mahsul negara seperti petroleum dan kaedah perbelanjaan negara, hubungan antarabangsa dan lain-lainnya.

6. Hukum-Hakam Kehakiman melibatkan pertikaian di kalangan manusia dan hukuman jenayah kepada para penjenayah yang merosakkan 5 asas kehidupan manusia iaitu agama, jiwa, akal, maruah dan harta manusia yang tergambar menerusi hukuman terhadap jenayah bunuh, mencederakan, curi, rompak, zina, tuduhan zina, minum minuman memabukkan serta pelbagai lagi kesalahan jenayah dipanggil Takzir, seterusnya prosedur Keterangan bagi mensabitkan kesalahan.

Semua aspek inilah yang diperjuangkan oleh PAS secara tidak terpisah sejak 1951 sehingga sekarang

Adapun RUU 355 adalah salah satu daripada perjuangan ke arah menyempurnakan Islam yang Syumul dan lengkap pada aspek kadar hukuman terhadap kesalahan jenayah Syariah.

Ia bukan satu-satunya perjuangan PAS.

Di saat umat leka terhadap kewajipan menegakkan Syariat Allah melibatkan kesalahan jenayah maka PAS hadir memperingatkan umat terhadap kelekaan ini.

Lalu ia diperkasakan menerusi cadangan pindaan kepada Akta 355 (1984) Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang melibatkan sebahagian besarnya Takzir dan beberapa kesalahan besar yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah Negeri-negeri melibatkan orang Islam sahaja dengan cadangan:

1. Hukuman 3 tahun penjara ditingkatkan hingga tidak lebih 30 tahun

2. Hukuman 5 ribu ringgit denda ditingkatkan kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda

3. Hukuman 6 kali sebatan kepada tidak lebih 100 sebatan mengikut kaedah sebatan Syarie.

Pindaan ini membolehkan Enakmen di Negeri-negeri dipinda di DUN masing-masing untuk dipraktikkan di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri.

Cadangan ini membolehkan kadar hukuman Takzir dipertingkatkan dan khususnya 3 kesalahan jenayah dapat dihukum selaras dengan kehendak al-Quran dan Hadis iaitu kesalahan Minum Arak, Qazaf dan Zina,

Inilah perjuangan kami.
Hanya golongan yang berkepentingan dunia sahaja menolak dan menentangnya dengan pelbagai alasan remeh yang dicipta. Itu adalah sunnah perjuangan.

Sekian
Selasa 14hb Februari 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/