Ahd03262017

Last updateAhd, 26 Mac 2017 8pm

Back Utama Berita/Kenyataan DPPP MyHackathon HPT: Koloborasi Mencipta Solusi

MyHackathon HPT: Koloborasi Mencipta Solusi


Serdang, 15 Februari 2017 - Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengadakan MyHackathon HPT pada 11 dan 12 Februari 2017.

Mengambil semangat asal Hackathon di mana penyelesaian masalah dilakukan secara berkumpulan dalam tempoh yang singkat dan pantas, AKP telah memilih untuk membina solusi berteraskan tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 57 "Bertekad Melebar Muafakat"

Sebelum itu para peserta telah didedahkan dengan 7 "tools" penyelesaian masalah yang dapat membantu peserta merangka solusi dengan lebih cepat dan efektif. Para peserta daripada pelbagai negeri dan kepakaran telah berkoloborasi selama 24 jam menggunakan "tools" yang telah dipelajari untuk mempersembahkan satu cadangan penyelesaian kepada masalah yang diberikan.


Pengarah Jabatan Profesional Muda DPPM (JPro), Profesor Dr Ir Hairul Azhar Abdul Rashid telah menjadi panelis dalam pembentangan berkumpulan sekaligus menyempurnakan Perasmian Penutup.

Profesor Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid telah menyarankan kepada para peserta agar menjadi penyumbang kepada penyelesaian masalah rakyat dan turut sama menjayakan program JPro bulan Mac nanti iaitu Program Kongres Profesional.

Program ini akan mengumpulkan profesional dari seluruh negara dan dari pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan Kerajaan Teknokrat.

MyHackathon HPT ini adalah Fasa-3 dalam Program High Potential Talent selepas Fasa 1 Daurah Tadrabiyyah dan Fasa 2 Pembinaan Kompetensi. Hasil MyHackathon HPT ini akan dizahirkan dalam Fasa-4 iaitu Projek Rakyat dalam bulan Mac akan datang. Output daripada program HPT ini akan dibentangkan semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia April nanti di Kompleks PAS Kedah.