Budaya Politik Matang & Sejahtera

Sebuah Gagasan Penyelesaian Kemelut Politik Negara

PAS Sebagai parti Islam, bersedia membawa pendekatan politik Islam ini ke pentas utama budaya berpolitik negara di bawah jenama Budaya Politk Matang dan Sejahtera (BPMS).

BPMS adalah sebuah budaya berpolitik yang mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini. BPMS mempunyai dua bahagian utama iaitu Matang dan Sejahtera.

Baca, Tonton dan Fahami BPMS

 

PAS telah berjaya melaksanakan politik matang sejak dahulu sehingga sekarang. Ia menjadikan PAS tidak mencetuskan ketegangan dalam satu Negara, satu Ummah, satu Bangsa dan satu Masyarakat Majmuk. Ia juga menjadikan PAS tidak terikut-ikut dengan parti-parti lain, termasuk Parti Islam di luar negara.

Mereka yang mengikut PAS secara tumpangan tanpa membaca sejarah dan menghayati dasar dan konsepnya, pasti terpelanting atau dicampak keluar daripada PAS. PAS berpengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak, kumpulan Islam dan bukan Islam, bersama kerajaan dan pembangkang, diperingkat negeri dan pusat.

Semua perlaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaanya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya.

Amat penting bagi perjuangan Islam seperti PAS ialah memandu ummat dan negara, bukannya menjulang tokoh dan kumpulan tertentu.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Rejab 1473H / 23 April 2016M

PENJELASAN BPMS

BPMS mempunyai dua komponen utama: Matang dan Sejahtera.

Komponen pertama, “Matang” merujuk kepada proses. Ia menekankan kepada proses yang berlandaskan kepada pemikiran yang masak berpandukan kepada data dan hujan bagi kesemua pihak, khasnya parti-parti politik dan rakyat membuat penilaian, menentukan sikap dan tindakan terhadap sesuatu isu yang timbul di negara ini.

Komponen kedua, “Sejahtera” pula merujuk kepada natijah atau matlamat kepada semua tindakan politik oleh mana-mana pihak iaitu semuanya mestilah ke arah membawa kesejahteraan kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.

BPMS menjadi sebuah gagasan baru yang diketengahkan ke dalam masyarakat agar semua pihak menghayati budak berpolitik yang tidak berpaksikan pengeseran, tetapi berpaksikan perlumbaan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

1. Membudayakan pandangan dan tindakan politik berasaskan prinsip bukan berdasarkan spekulasi

2. Budaya perbahasan politik dan lain-lain berasaskan prinsip masing-masing yang lebih objektif berbanding spekulasi yang agak subjektif, maka perbezaan pandangan lebih mudah ditangani.

3. Meningkatkan pendidikan politik termasuk:

4. Membezakan antara kerajaan dan parti pemerintah

5. Membezakan antara pendirian peribadi dan pendirian organisasi

6. Meletakkan parti pembangkang sebagai parti bukan pemerintah yang turut menyumbang kepada pembangunan negara

7. Menukar persepsi selagi mereka tidak menentang dan memusuhi Islam daripada musuh politik kepada sasaran tarikan dakwah.

8. Membanyakkan penerangan dan mengelakkan serangan

9. Mengurangkan pengeseran politik dan ketengangan dalam masyarakat

10. Menyokong semua kebaikan dan menentang semua keburukan tanpa mengira pihak selagi tidak memusuhi Islam

11. Mengubah cara pemikiran konvensional terutama kalangan parti bukan pemerintah yang lebih menumpukan kepada permasalahan tanpa alternatif penyelesaian.

12. Menyakinkan masyarakat bahawa Islam membawa sistem psnyelesaian yang terbaik sesuai dengan keadaan semasa.

13. Menerima penyelesaian universal oleh mana-mana pihak yang tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

14. Mengurangkan dan membasi budaya politiking yang mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok mengatasi kepentingan rakyat

15. Membina budaya berpolitik di mana semua pihak berlumba-lumba untuk membawa kebaikan kepada rakyat (prinsip fastabul khairat anjuran Al Quran), bukan bermusuhan dan saling memusnahkan yang membawa kepada kesengsaraan rakyat.

16. Mengelakkan budaya politik konfrontasi dan fitnah memfitnah
Membentuk suasana masyarakat yang lebih damai sekalipun dengan masyarakat yang aktif berpolitik

17. Budaya menghormati pihak lain melalui hubungan yang berdiplomasi serta berperaturan.

18. Mendidik masyarakat agar memulakan dengan pendekatan damai, dan hanya menjadikan pendekatan yang lebih agresif sebagai tindakan terakhir jika benar-benar perlu.

19. Membina budaya membuat tindakan berasaskan kebenaran bukan sekadar persepsi.

20. Menyedarkan masyarakat bahawa persepsi amat mudah dimanipulasi dalam dunia teknologi ICT sekarang dan akan datang.

21. Masyarakat menolak mana-mana pihak yang cuba memainkan persepsi rakyat secara negatif, dan tidak berasaskan kebenaran.

22. Membina budaya yang memberi penekanan kepada penjelasan yang rasional kepada semua pihak berkaitan bagi setiap sikap dan tindakan politik yang diambil

23. Membentuk sikap, pemikiran, dan tindakan yang lebih rasional oleh semua pihak dalam menangani isu-isu masyarakat dan provokasi pihak lawan

24. Membina budaya profesionalisma dalam tindakan yang diambil yang mementingkan kecekapan, ketelusan, ketepatan dan kualiti-kualiti lain seperti yang dituntut oleh Islam.


BPMS ada sbuah penyusunan semula pelbagai gagasan besar yang telah dikemukan oleh pimpinan-pimpinan PAS sejak awal penubuhannya lagi. Prinsip, sikap dan tindakan yang diambil mereka di sepanjang sejarah, melakarkan pelbagai pendekatan politik dengan rencamnya masing-masing. Walaupun pendekatan tersebut pelbagai, kesemuanya adalah berlandaskan ajaran Al Quran dan As Sunnah serta asa-asas syarak yang lain yang diguna pakai mengikut kesesuaian dengan susana persekitaran mereka.

Al Marhun TG Dato’ Fadzil Noor, dan Al Marhum TG Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambahkan lagi warna-warni dalam pendekatan politik PAS. Pelbagai gagasan dan contoh teladan telah dianjurkan di sepanjang perjuangan mereka yang istiqamah dengan PAS hingga ke akhir hayat.

TG Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang pula, Presiden PAS sekarang, telah meningkatkan dan memperkasakan lagi keserlahan peranan PAS dalam membawa pelbagai gagasan sebagai penyelesaian kepada kemelut sosail, ekonomi dan politik rakyat di negara ini. Semuanya berasaskan ajaran Al Quran dan As Sunnah. Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi terutamanya di era alam maya, langit terbuka ini, adalah tidak mudah bagi pimpinan PAS memerhati, mengolah dan membuat keputusan-keputusan besar politik negara sambil memastikan setiap langkah yang diambil, kesemuanya sentiasa dalam lingkungan syarak, agar sempadan dan redha Allah tidak sekali-kali dipertaruhkan. Hanya dengan keilmuan yang tinggi, pengalaman yang luas, kecekalan yang jitu serta hubungan kerohanian yang mantap, semua ini dapat ditangani. Itulah legasi peninggalaln semua pimpinan PAS yang diteruskan dan diperkasakan oleh kepimpinan dan keseluruhan ahli PAS hingga sekarang.

Maka lajnah Pemerkasaan PAS Pusat di bawah teraju Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Mat telah mengambil inisiatif untuk menyusun kesemua perkara tersebut dalam bentuk sebuah Budaya Politik Islam yang dijenamakan sebagai Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Sekaligus BPMS menjadi gagasan besar PAS bukan hanya untuk organisasi PAS, tetapi untuk keseluruhan rakyat di negara tercinta ini, bahkan ke seluruh masyarakat dunia.

PAS sebagai sebuah parti Islam, bersedia membawa pendekatan politik Islam ini ke pentas utama budaya berpolitik negara di bawa jenama Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Keseluruhan organisasi PAS memberi iltizam dan komitmen untuk menjadikan budaya politik ini sebagai dengut nadi PAS, dan seterusnya mengajak rakyat Malaysia keseluruhannya agar turut mengambil BPMS sebagai budaya politik mereka.

Antara impak yang dijangka dapat dicapai melalui penghayatan BPMS dalam kalangan rakyat ialah:

1. Menggalakkan budaya politik berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran
Mengelakkan perselisihan dalam kalangan rakyat dan memastikan tiada budaya anarki

2. Mengelakkan ketidak-stabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

3. Meningkatkan persaingan negara dalam ekonomi dan lain-lain dengan rakyat yang berharmoni.

4. Memperkasakan kuasa politik rakyat dalam membawa negara ke arah yang lebih progresif dan sejahtera.

5. Membendung mana-mana pihak samada parti pemerintah, mahupun parti bukan pemerintah dari memperkotak-katikkan rakyat melalui pelbagai bentuk manipulasi

6. Menutup ruan bagi campur tangan pihak luar dalam politik Negara.

Infografik BPMS

Muat Turun | Kongsikan | Cetak | Sebarkan