Sab03252017

Last updateSab, 25 Mac 2017 10am

Peringatan Diri : Adab Menaiki Kenderaan

Peringatan Diri : Adab Menaiki Kenderaan 


Dalam surah Zukhruf ayat 13 dan 14 Allah menjelaskan adab ketika menaiki kenderaan iaitu bermula dengan rasa nikmat kurniaan Allah yang memudahkan seseorang itu berkenderaan lalu akhirnya mengungkapkan

"Maha Suci Allah yang memudahkan untuk kami kenderaan ini sedang tidaklah sebelum ini kami mampu untuk itu. Dan kami kepada Rabb kami sudah pasti kami kembali"

Sememangnya berkenderaan adalah nikmat daripada Allah yang selalu dilupakan oleh manusia. Marilah bersama-sama kita amalkan.

Dr Khairuddin at-Takiri
Rabu 25hb Januari 2016