BAB YANG KELAPAN
PEJABAT-PEJABAT PAS
FASAL 35. Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri
FASAL 36. Pejabat Setiausaha Kawasan
FASAL 37. Pejabat Setiausaha Cawangan
- Pejabat bagi satu-satu cawangan PAS itu ialah Pejabat Setiausahanya.
- Pejabat itu boleh ditempatkan di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan itu di dalam Kawasan Cawangannya.
- Pejabat Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat itu ialah di Pejabat Agung PAS atau di mana-mana juga tempat dalam negara ini yang ditetapkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Dewan-dewan itu.
- Pejabat Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Negeri-negeri ialah di Pejabat Perhubungan PAS Negeri atau di mana-mana juga tempat dalam negeri itu yang dipersetujui oleh Jawatankuasa-jawatankuasa DewanDewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat Negeri/Wilayah Persekutuan.
- Pejabat bagi Dewan-dewan ‘Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan ialah di Pejabat Setiausaha PAS Kawasan-kawasan, atau di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Dewan-dewan itu di dalam kawasannya masing-masing.
- Pejabat Jawatankuasa-jawatankuasa Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan ialah di Pejabat Setiausaha PAS Cawangan atau di mana-mana jua tempat yang dipersetujui oleh Jawatankuasajawatankuasa Kerja Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan di dalam lingkungan Cawangan itu.
<Kembali |