Pusat Penyelidikan PAS Pusat

Pengenalan PPP
Pusat Penyelidikan PAS atau PPP ditubuhkan pada tahun 1997 ketika zaman kepimpinan Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Noor. Pengarah pertama PPP ialah Dr Syed Azman dan ibu pejabat pertamanya di Pejabat Harakah, Jalan Pahang. PPP kemudian diambil alih oleh Dr. Dzulkelfy Ahmad (1999-2008) dan Ustaz Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff (2008-2011). Kemudian, PPP dipimpin semula oleh Dr. Dzulkefly Ahmad dengan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif PPP manakala Dr. Mohd Zuhdi Marzuki dilantik sebagai Pengarah Operasi PPP bermula 2011 sehingga 2015.
Sejak tahun 2015 sehingga kini, PPP dipimpin oleh Dr. Mohd Zuhdi sebagai Pengarah manakala Ustaz Zaharuddin Muhammad sebagai Timbalan Pengarah PPP.
Secara umumnya PPP berperanan sebagai badan pemikir atau “think tank” kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan penekanan kepada gerak kerja yang bersifat jangka panjang atau polisi-polisi negara yang memberi kesan besar kepada situasi PAS dalam menghadapi realiti politik semasa tanah air.
OBJEKTIIF
AKTIVITI & PERANCANGAN
Menyediakan kumpulan penyelidik
Program percambahan intelektual dan dokumentasi diskusi
Penerbitan bahan kajian
Sistem Sokongan kepada Ahli Parlimen PAS
Mengendalikan Arkib PAS Pusat
Mewujudkan Rangkaian Intelektual dan Pakar
Struktur Organisasi PPP

YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang

Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
