Sab03252017

Last updateSab, 25 Mac 2017 10am

Tinta Ulamak ( Siri 72 ) : Sabarlah Dalam Perjuangan

Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 72 )
12 Mac 2017M / 13 Jamadil Akhir 1438H - Ahad

Sabarlah Dalam Perjuangan


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Surah Ali- Imran 200

Menjadi satu lumrah dalam kehidupan, membawa kebenaran tidak mudah kerana pelbagai halangan dan ujian musuh silih berganti datang menerjah. Ada ketikanya kita kuat untuk berhadapan dan ada ketikanya kita lemah menghadapi namun itulah resam menegakkan kebenaran.

Kesabaran dan ketaqwaan menjadi satu kekuatan luarbiasa tatkala ia diadun dengan kefahaman Islam serta meletakkan keyakinan kepada Allah SWT sepenuhnya.

Teruskanlah langkah pasti syurga milik kita , usah pernah sekali menyerah.

Disediakan oleh:

Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi Al-Hafiz
Setiausaha Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.