Sab03252017

Last updateSab, 25 Mac 2017 10am

Tinta Ulamak ( Siri 73 ) : Masuk Syurga Dengan Meninggalkan Perkara Yang Disukai Nafsu

 Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

Tinta Ulamak ( Siri 73 )
13 Mac 2017M / 14 Jamadil Akhir 1438H - Isnin

Masuk Syurga Dengan Meninggalkan Perkara Yang Disukai Nafsu


Sabda Rasulullah saw:

Bermaksud : Syurga dikelilingkan dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu dan neraka dikelilingkan dengan perkara yang disukai oleh hawa nafsu

Riwayat Muslim,Ahmad dan at-Tarmizi

Allah memberi pahala kerana keimanan dan ketakwaan yang sempurna sebagai ganjaran hasil dari amal yang telah dikerjakan.

Inilah tukaran yang terbaik dari Allah diakhirat kelak sewaktu semua manusia berhajat pahala sebanyak-banyaknya.

Bekerjalah untuk memenangkan Islam walau sibuk mana sekalipun, carilah ruang yang kosong bagi melibatkan diri kita bersama dengan perjuangan Islam.

Usah risau dan ragu dengan kerja yang kita lakukan kerana Allah melihat apa yang kita usahakan.

Mari kita renungi bagaimana seekor burung berusaha memadamkan api yang menjulang tinggi sedang membakar Nabi Ibrahim as sedangkan haiwan yang lain menyangkal usaha burung tersebut kerana mana mungkin dapat memadamkan api sebesar itu lalu ia menjawab yang ditakuti oleh aku bukan kerana berjaya atau tidak tetapi apa usaha aku untuk membantu Nabi Ibrahim AS dari api yang membakarnya.

Oleh itu, tiada lagi seribu alasan untuk tidak bersama menegakkan Islam, moga dengan kebersamaan kita ini niat dan matlamat yang sama akan diganjari pahala dari Allah swt.

Firman Allah :

Dan katakanlah : Bekerjalah kamu,maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaamu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Surah At-Taubah : 105

Disediakan oleh :

Ustaz Hasri Hamdan
AJK Lajnah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat