WINS 2051 merupakan satu model baru yang dicetuskan oleh PAS sebagai panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam realiti moden untuk membentuk dan membina sebuah negara yang sejahtera menjelang 2051.
Dasar WINS
Sejahtera
Negara yang menjamin kesenangan ketenteraman dan kemakmuran kepada rakyat. Ini terhasil daripada gabungan prinsip Rukun Negara, pembangunan manusia dan ekonomi yang menekankan aspek keadilan kepada semua lapisan rakyat.
Berkebajikan
Pemerintah dan rakyat saling bekerjasama melakukan kebajikan yang disokong oleh sistem yang cekap dan memberi manfaat kepada semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.