Tujuan Penubuhan

Sejarah Penubuhan PAS
Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini.
Budaya Politik Matang & Sejahtera
PAS Sebagai parti Islam, bersedia membawa pendekatan politik Islam ini ke pentas utama budaya berpolitik negara di bawah jenama Budaya Politk Matang dan Sejahtera (BPMS).
BPMS adalah sebuah budaya berpolitik yang mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini. BPMS mempunyai dua bahagian utama iaitu Matang dan Sejahtera.
Dokumen Hijau
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak- anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang kepu- tusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
( Surah Al-Hasyr : 7 )

Projek Dokumen Hijau bertujuan untuk merealisasikan kriteria ke 7 BPMS iaitu politik rasional dan professional di mana Dokumen Hijau ini adalah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik profesional yang terdiri daripada pakar syariah, ekonomi dan perniagaan.
Dokumen Hijau ini adalah sebahagian kecil daripada contoh dasar-dasar dan prinsip-prinsip penting berkaitan pengurusan ekonomi Islam bagi menjamin keadilan, pembangunan, kesaksamaan serta pengukuhan ekonomi negara dan rakyat berasaskan Islam.
Wawasan Induk Negera Sejahtera (WINS)

PAS Pilihanku
- Memperjuangkan wujudnya di dalam negera ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah;
- Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Aqil baligh menurut Hukum Syarak
- Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
1) Setiausaha Kawasan.
Status Keahlian: Ahli Kawasan.
2) Hantar terus ke Pejabat Agung.
Status Keahlian: Daftar Terus.
3) Daftar Secara Online di laman web.
Status Keahlian: Daftar Terus
Pautan : Direktori Kawasan Negeri-Negeri
Status Daftar Terus
Bagi ahli yang status keahlian sebagai Daftar Terus, tidak boleh menjadi ahli mesyuarat kawasan sekaligus bertanding di Kawasan. Hanya sekadar pemerhati sahaja.
2. Serahkan Borang kepada
a) Setiausaha Kawasan
Serahkan borang yang lengkap kepada Setiausaha Kawasan atau
b) Pejabat Agung
Hantar terus ke Pejabat Agung dengan syarat mendapat tandatangan Setiausaha Kawasan dan Cop beserta maklumat Cawangan atau
c) Email
Hantarkan borang yang lengkap yang mempunyai tandatangan Setiausaha Kawasan dan COP beserta maklumat cawangan ke keahlian@pas.org.my
Pautan: Direktori Kawasan.
- Telefon Pejabat Agung PAS Pusat di talian 0
- Emelkan butiran peribadi seperti NAMA PENUH, NO. K/P beserta salinan IC depan dan belakang dan hantarkan ke keahlian@pas.org.my