Malaysia Sejahtera
Tawaran Pas
Peranan PAS dalam Pemulihan Pasca-Pandemik
Pencapaian PAS di peringkat Kerjaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, membuktikan PAS mampu untuk berperanan sebagai kerajaan. Wakil rakyat PAS, petugas parti, menghulurkan bantuan kebajikan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Tanggungjawab Memenuhi Harapan Rakyat
Memulihkan semula ekonomi negara dan membina kembali kehidupan rakyat
PAS yakin rakyat Malaysia peduli politik dan bersedia untuk mengundi dalam PRU-15
Persefahaman politik bersama parti-parti pembangkang demi kestabilan politik.
Kesejahteraan Malaysia Bersama Islam
- PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.
- PAS mengemukakan satu pelan iaitu Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
- WINS telah digariskan prinsip-prinsip Islam tentang usaha membangunkan negara dan rakyat kerja berfasa sehingga tahun 2051
Budaya Politik Matang dan Sejahtera
Sebuah gagasan penyelsaian kemelut politik negara
PAS sebagai parti Islam, bersedia membawa pendekatan politik Islam ini ke pentas utama budaya berpolitik negara di bawah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
BPMS adalah sebuah budaya berpolitik yang mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuang keputusan dan tindakan yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini. BMPS mempunyai dua bahagia utama iaitu Matang dan Sejahtera.
Dokumen Hijau
Projek Dokumen Hijau bertujuan untuk merealisasikan kriteria ke 7 BPMS iaitu politik rasional dan profesional di mana kajian yang dilakukan terdiri daripada pakar syariah, ekonomi dan perniagaan.
Dokumen Hijau ini adalah sebahagian kecil daripada contoh dasar-dasar dan prinsip penting berkaitan pengurusan ekonomi Islam bagi menjamin keadilan, pembangunan, kesaksamaan serta pengukuhan ekonomi negara dan rakyat berasaskan Islam.