Pertandingan Cipta Logo Muktamar PAS Kali Ke-72

📥 Borang Penyertaan Pertandingan Logo (Klik sini)
Syarat-Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
- Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disediakan di laman web rasmi (www.pas.org.my/logomuktamar).
- Penyertaan adalah percuma.
- Penyertaan dibuka pada 5 Ogos 2026 hingga 12 Ogos 2026, jam 12:00 tengah malam.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
- Semua penyertaan adalah milik penganjur.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
Kriteria Logo
- Reka bentuk hendaklah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur sensitif.
- Logo menggambarkan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 dan ciri-ciri lokasi Muktamar Tahunan kali ini di negeri Kelantan.
- Logo melambangkan identiti Kelantan, seperti elemen budaya, warisan, seni serta simbol negeri yang bersesuaian.
- Logo yang dikemukakan hendaklah bebas daripada sebarang unsur plagiat dan tidak boleh menggunakan, meniru atau mengubah suai mana-mana logo atau reka bentuk yang telah diterbitkan atau digunakan oleh pihak lain.
- Penggunaan warna tidak melebihi 4 warna dan reka bentuk menarik serta kemas.
- Logo mestilah mempunyai penjelasan terhadap reka bentuk, simbol dan warna yang digunakan.
- Logo dan penjelasan logo hendaklah dalam 1 dokumentasi bersaiz A4 berwarna putih (21cm x 29.7cm, resolusi 300dpi).
Cara Penghantaran Penyertaan
- Hantarkan penyertaan anda dalam bentuk softcopy:
- (a) Satu (1) dokumen format .pdf, .ai atau .psd, DAN
- (b) Satu (1) dokumen format .jpeg, DAN
- (c) Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi.
- Hantar ke e-mel: logomuktamar@pas.org.my
