Pertandingan Cipta Logo Muktamar PAS Kali Ke-71

Download borang penyertaan: Borang Penyertaan Pertandingan Logo (Klik sini)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2. Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan(klik sini) yang disediakan di laman web rasmi ([www.pas.org.my/logomuktamar]

3. Penyertaan adalah ‘percuma’.

4. Penyertaan dibuka pada 5 Jun 2025 hingga 30 Jun 2025, jam 12.00 tengah malam.

5. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

6. Semua penyertaan adalah milik penganjur.

7. Keputusan pengadil adalah muktamad.

KRITERIA LOGO:

1. Reka bentuk hendaklah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur sensitif.

2. Logo menggambarkan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 dan ciri-ciri lokasi Muktamar tahun ini di Negeri Kedah.

3. Warna tidak melebihi 4 warna dan reka bentuk menarik dan kemas.

4. Logo mestilah mempunyai penjelasan terhadap reka bentuk, simbol dan warna yang digunakan.

5. Logo dan penjelasan logo hendaklah dalam 1 dokumentasi bersaiz A4 berwarna putih (21 x 29.7cm, resolusi 300dpi).

PENGHANTARAN:

1. Hantarkan penyertaan anda dalam bentuk softcopy:

   (a) Satu (1) dokumen format “pdf”, “ai” atau “psd” DAN

   (b) Satu (1) dokumen format “jpeg” DAN

   (c) Borang penyertaan.

2. Hantar ke e-mel: logomuktamar@pas.org.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara Azman: wa.me/+6013-5390606